Digsby – IM, Emel, dan Web Sosial Pada Satu Aplikasi

9 07 2008

DigsbyMakin hari makin banyak aplikasi yang menarik dikeluarkan. Huhu. Terbaru, Digsby iaitu salah satu aplikasi dimana ianya merangkumi dan mempermudahkan tiga perkara yang sering dilakukan oleh pengguna internet seluruh dunia.

IM

Digsby IM
Instant Messaging seperti YM!, MSN dan GTalk telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan online seseorang. Dengan menggunakan Digsby, anda boleh mengabungkan ke semua IM didalam satu aplikasi. Ianya dapat menjimatkan ruang anda kerana dengan adanya Digsby, anda boleh uninstall IM yang lain, disamping menjimatkan masa anda untuk login. Selain itu, anda juga boleh merge user yang sama, selain boleh menghantar SMS hanya melalui Digsby (mungkin bukan semua negara yang disupport)

E-Mel

Email DigsbyKini anda boleh menerima dan manage emel daripada pelbagai khidmat emel seperti Hotmail, Yahoo! Mail, GTalk, AOL/AIM Mail, IMAP, dan POP dengan mudah. Anda hanya perlu settingnya hanya sekali dan anda akan mendapat notifikasi setiap kali anda menerima emel baru.

Web Sosial

Dengan Digsby anda boleh mendapat alert mengenai perkembangan terbaru profil rakan anda, event baru yang akan datang, dan menambah NewsFeed untuk sentiasa ketahui berita-berita terkini.


Actions

Information

Leave a comment